Wednesday, 1 August 2012

ASAL USUL BANGSA 'BUGIS'

Sejarah Awal Bugis menurut La Galigo

Rencana utama: Sejarah awal Bugis
Kerajaan pertama Bugis mengikut La Galigo ialah Wewang Nriwuk, Luwuk dan Tompoktikka. Luwuk mendapat kedudukan istimewa kerana ia dianggap sebagai ketua Bugis. Walaubagaimanapun, pada abad ke 15, berlakunya perubahan didalam sosio-politik, ekonomi dan agama disebabkan berlakunya migrasi penduduk dari persisiran pantai hingga ke tengah hutan belantara membuka penempatan baru. Didalam bidang ekonomi, penanaman padi sawah, pembuatan besi dan penggunaan kuda diperkenalkan. Dari segi agama, adat membakar mayat di sesetengah tempat mula diamalkan. Pada akhir abad ke 15, munculnya beberapa kerajaan baru menentang kerajaan Luwuk. Antaranya ialah Gowa (Makassar), Bone dan Wajo'. Kematian Dewaraja, seorang raja Luwuk, menyebabkan perebutan dinasti untuk memerintah Tana Ugi. Gowa bersekutu dengan Bone menawan Luwuk dan sekaligus mempunyai pengaruh yang besar ke atas Sulawesi Selatan.

Sejarah Awal Bugis menurut keturunan Raja Haji

Menurut kitab Tuhfat al-Nafis bahawa Keturunan Bugis berasal dari perkataan beribukan Ratu Balqis iaitu isteri kepada Nabi Sulaiman a.s. Kononnya, salah satu cicitnya bernama Siti Melangkae telah mengetuai perdagangan purba di antara Kerajaan Saba'(Yaman) dengan bangsa TuToraja di tanah Sulawesi. Mereka mendapatkan bekalan logam/bijih besi. Pelabuhan itu sehingga kini dipanggil Melangkae sempena nama permaisuri sheba / kerajaan saba' tersebut. Maka selain berdagang berlaku juga perkahwinan campur sehingga muncul pelbagai suku kaum Bugis seperti Makkasar, Wajoa, Bone, Andrika, Mandar dan Ugi lain-lain. Permaisuri Sheba telah mengamanahkan payung merah sebagai pengiktirafan kerajaan berdaulat agar dipelihara kerukunan pelbagai suku kaum di sana dengan tertubuhnya kerajaan purba Luwuk. Sehinggalah diteruskan kerajaan Makasar (Gowa) Namun begitu, pemberontakkan suku Bugis Bone Arung Palakka(1696) dengan bantuan VOC Belanda telah mengkhianati perjanjian ini, mengubah fakta sejarah dan menghilangkan sebahagian besar buku-buku sejarah penting bertulisan Makasar dan hanya mengekalkan sebahagian dari buku La Galigo untuk menghalalkan tindakannya menjatuhkan kerajaan Gowa pimpinan Sultan Hassanuddin(1670). Kesannya, bangsa malayo polynesia yang ada tulisan tersendiri ini telah kehilangan banyak kisah dan fakta sejarah, kini yang tinggal hanya karya epik dongeng yang panjang bertujuan untuk melemahkan bangsa ini oleh penjajah Belanda. Maka tidak hairanlah banyak pengaruh bahasa arab Yaman terutama dalam bahasa dan tulisan Makasar (hampir menyerupai tulisan lama di runtuhan empangan Ma'arib) yang terdedah pada perdagangan jarak jauh dan perhubungan dengan bangsa luar. Semua ini dapat dilihat dengan jelas sebagai misal pengaruh bahasa;
"Teyai bura’ne punna tena ammallaki badik"
erti: Bukan lelaki jika tak memiliki badik
Perhatikan perkataan "ammallaki" adalah bunyi asal perkataan "malik" perkataan arab Yaman manakala budaya lelaki membawa senjata pendek adalah juga budaya bangsa Yaman dipanggil jambia.
berbeza dengan bahasa To Ugi;
Taniya ugi narekko de’na punnai kawali
erti: Bukan Ugi jika tak punyai Kawali.(juga menyerupai bentuk badik)

Pengislaman Bugis

Rencana utama: Pengislaman Bugis
Sulawesi Selatan pada abad ke 16 mengalami suatu perubahan yang besar. Dalam tempoh masa ini, komuniti Bugis dan Makassar berjaya diislamkan oleh Abdul Makmur, seorang Minangkabau. Manakala pada pertengahan abad ke 16, Sulawesi Selatan dikuasai oleh Gowa dan Bone. Kerana kedua-dua negeri ingin meluaskan kuasa mereka, maka tercetuslah peperangan sesama mereka dan Bone dikalahkan. Sebagai membalas dendam, seorang putera Bone bernama Arung Palakka bersekutu dengan Belanda untuk menyerang Makassar. Pada tahun 1667-1777, Makassar jatuh ketangan Belanda dan ini menyebabkan migrasi Bugis ke Sumatra dan Tanah Melayu.

Bugis Dan Pembentukan Indonesia

Pada tahun 1799, Belanda menguasai seluruh Sulawesi Selatan. Dalam tempoh pemerintahan Belanda, pelbagai unsur-unsur baru diperkenalkan seperti sistem cukai dan buruh paksa. Pendudukan Jepun pada tahun 1942 mengubah pemikiran rakyat Sulawesi Selatan terhadap Belanda. Pada tahun 1945, selepas pengunduran Jepun, Sukarno mengumumkan kemerdekaan Indonesia tanpa pengiktirafan Belanda. Ini mencetuskan pertumpahan darah di Indonesia. Belanda kemudiannya terpaksa berundur dari Indonesia selepas komuniti dunia mengiktiraf kemerdekaan Indonesia.

Sejarah Bugis Di Tanah Melayu

Bugis memainkan peranan yang penting dalam sejarah di Tanah Melayu. Mereka terlibat secara langsung atau tidak langsung di dalam politik dan perbalahan negeri-negeri Melayu ketika itu, terutama sekali negeri Johor. Ia bermula apabila Daeng Loklok ingin memerintah Johor tetapi tidak dipersetujui oleh pemerintah negeri Johor Riau Lingga ketika itu, iaitu Raja Kechil. Ini menyebabkan Daeng Loklok atau Bendahara Husain meminta bantuan Raja-Raja Bugis untuk menumpaskan Raja Kechil. Bermula dari sinilah campur tangan Bugis di Tanah Melayu. Malah,Raja Ali, anak Daeng Chelak, Raja Lumu, dinobatkan sebagai Sultan Selangor pertama.

Bugis di Malaysia Masa Kini

Jika sejarah membuktikan peranan dan pengaruh Bugis begitu kuat dalam masyarakat Melayu sehingga sebahagian masyarakat Melayu ada yang mempunyai darah keturunan Bugis. Namun pada masa kini kewujudan bangsa Bugis yang asli masih kekal di Sulawasi selatan walaupun kewujudan identiti dan budaya tidak seperti bangsa Bugis yang wujud dalam sejarah Tanah Melayu ratusan tahun dahulu. Mereka kini wujud sebagai rakyat Indonesia yang teguh mengamalkan prinsip Pancasila namun mereka kekal sebagai bangsa Bugis yang masih mengamalkan adat Bugis asli yang tersendiri dan bertutur dalam bahasa Bugis walaupun sudah dipisahkan nama mengikut daerah masing-masing di sana seperti Bone, Enrekang, Rappang, Pinrang dan sebagainya.
Sementara itu di Sabah, rakyat Indonesia yang berbangsa Bugis adalah warga pekerja utama di Malaysia. Jika dikira dari statistik terkini, bangsa Bugis dari negara Indonesia menduduki jumlah terbesar dalam perkiraan jumlah pekerja asing di negara Malaysia khususnya negeri Sabah. Mereka adalah tulang belakang kepada ekonomi negeri Sabah pada masa kini. Tidak dinafikan negeri Sabah amat memerlukan sumbangan tenaga pekerja Indonesia berbangsa Bugis ini. Pergantungan ini akan terus kekal hingga beberapa puluhan tahun akan datang dan mungkin tidak akan berubah sama sekali. Begitulah sumbangan besar bangsa Bugis kepada negara Malaysia.

Bahasa Bugis

Konsonan Lontara
Rencana utama: Bahasa Bugis
Etnik Bugis mempunyai bahasa tersendiri dikenali sebagai Bahasa Bugis (Juga dikenali sebagai Ugi). Konsonan di dalam Ugi pula di kenali sebagai Lontara yang berdasarkan tulisan Brahmi.

Sastera Bugis

La Galigo

Untuk rencana lanjut lihat La Galigo
La Galigo adalah epik terpanjang dunia. Ia wujud sebelum epik Mahabrata. La Galigo tidak boleh diterima sebagai teks sejarah kerana ia penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa. Walaubagaimanapun, ia tetap memberi gambaran kepada sejarahwan mengenai kebudayaan Bugis sebelum abad ke 14.