Menurut kitab Tuhfat al-Nafis bahawa Keturunan Bugis berasal dari perkataan beribukan Ratu Balqis iaitu isteri kepada Nabi Sulaiman a.s. Kononnya, salah satu cicitnya bernama Siti Melangkae telah mengetuai perdagangan purba di antara Kerajaan Saba'(Yaman) dengan bangsa TuToraja di tanah Sulawesi. Mereka mendapatkan bekalan logam/bijih besi. Pelabuhan itu sehingga kini dipanggil Melangkae sempena nama permaisuri sheba / kerajaan saba' tersebut. Maka selain berdagang berlaku juga perkahwinan campur sehingga muncul pelbagai suku kaum Bugis seperti Makkasar, Wajoa, Bone, Andrika, Mandar dan Ugi lain-lain. Permaisuri Sheba telah mengamanahkan payung merah sebagai pengiktirafan kerajaan berdaulat agar dipelihara kerukunan pelbagai suku kaum di sana dengan tertubuhnya kerajaan purba Luwuk. Sehinggalah diteruskan kerajaan Makasar (Gowa) Namun begitu, pemberontakkan suku Bugis Bone Arung Palakka(1696) dengan bantuan VOC Belanda telah mengkhianati perjanjian ini, mengubah fakta sejarah dan menghilangkan sebahagian besar buku-buku sejarah penting bertulisan Makasar dan hanya mengekalkan sebahagian dari buku La Galigo untuk menghalalkan tindakannya menjatuhkan kerajaan Gowa pimpinan Sultan Hassanuddin(1670). Kesannya, bangsa malayo polynesia yang ada tulisan tersendiri ini telah kehilangan banyak kisah dan fakta sejarah, kini yang tinggal hanya karya epik dongeng yang panjang bertujuan untuk melemahkan bangsa ini oleh penjajah Belanda. Maka tidak hairanlah banyak pengaruh bahasa arab Yaman terutama dalam bahasa dan tulisan Makasar (hampir menyerupai tulisan lama di runtuhan empangan Ma'arib) yang terdedah pada perdagangan jarak jauh dan perhubungan dengan bangsa luar. Semua ini dapat dilihat dengan jelas sebagai misal pengaruh bahasa;
"Teyai bura’ne punna tena ammallaki badik"
erti: Bukan lelaki jika tak memiliki badik
Perhatikan perkataan "ammallaki" adalah bunyi asal perkataan "malik" perkataan arab Yaman manakala budaya lelaki membawa senjata pendek adalah juga budaya bangsa Yaman dipanggil jambia.
berbeza dengan bahasa To Ugi;
Taniya ugi narekko de’na punnai kawali
erti: Bukan Ugi jika tak punyai Kawali.(juga menyerupai bentuk badik)
Pengislaman Bugis
Bugis Dan Pembentukan Indonesia
Sejarah Bugis Di Tanah Melayu
Bugis di Malaysia Masa Kini
Jika sejarah membuktikan peranan dan pengaruh Bugis begitu kuat dalam masyarakat Melayu sehingga sebahagian masyarakat Melayu ada yang mempunyai darah keturunan Bugis. Namun pada masa kini kewujudan bangsa Bugis yang asli masih kekal di Sulawasi selatan walaupun kewujudan identiti dan budaya tidak seperti bangsa Bugis yang wujud dalam sejarah Tanah Melayu ratusan tahun dahulu. Mereka kini wujud sebagai rakyat Indonesia yang teguh mengamalkan prinsip Pancasila namun mereka kekal sebagai bangsa Bugis yang masih mengamalkan adat Bugis asli yang tersendiri dan bertutur dalam bahasa Bugis walaupun sudah dipisahkan nama mengikut daerah masing-masing di sana seperti Bone, Enrekang, Rappang, Pinrang dan sebagainya.Sementara itu di Sabah, rakyat Indonesia yang berbangsa Bugis adalah warga pekerja utama di Malaysia. Jika dikira dari statistik terkini, bangsa Bugis dari negara Indonesia menduduki jumlah terbesar dalam perkiraan jumlah pekerja asing di negara Malaysia khususnya negeri Sabah. Mereka adalah tulang belakang kepada ekonomi negeri Sabah pada masa kini. Tidak dinafikan negeri Sabah amat memerlukan sumbangan tenaga pekerja Indonesia berbangsa Bugis ini. Pergantungan ini akan terus kekal hingga beberapa puluhan tahun akan datang dan mungkin tidak akan berubah sama sekali. Begitulah sumbangan besar bangsa Bugis kepada negara Malaysia.
Bahasa Bugis
Sastera Bugis
La Galigo
Untuk rencana lanjut lihat La GaligoLa Galigo adalah epik terpanjang dunia. Ia wujud sebelum epik Mahabrata. La Galigo tidak boleh diterima sebagai teks sejarah kerana ia penuh dengan mitos dan peristiwa-peristiwa luar biasa. Walaubagaimanapun, ia tetap memberi gambaran kepada sejarahwan mengenai kebudayaan Bugis sebelum abad ke 14.
No comments:
Post a Comment